Saturday, January 31, 2009

Tuduhan Rasul Dahri kepada Ustaz Mahfuz



Tuduhan Rasul Dahri

Dia orang selangor
Dia seorang pendakwah bebas
Dia tiada doktor Bukan Dr Mahfuz
Dia di youtube dia ada alkuliyah
Dia memperkatakan tentang bid'ah
Dia berbohong dengannya
Dia katakan kembali kepada Hadis muslim
Membaca al-Quran dikuburan itu ada dalilnya
Itu bohong dia
Itu bukan Hadis muslim
Terdapat dalam syarah muslim oleh imam nawawi
.......

Mari kita semak alkuliyah Ust Mahfuz



Ust Mahfuz mengatakan

Tersebut dalam syarah Hadis Muslim oleh imam an nawawi

Ulasan

Penulis mendengar satu rakaman kuliah oleh Rasul Dahri yang telah disebarkan meluas di internet. Didalam rakaman tersebut terdapat beberapa tuduhan kepada Ust Mahfuz dengan
pembohong dan sebagainya. (saudara boleh dengar sendiri diatas)

Penulis cuba untuk menyiasat kebenaran yang dinyatakan oleh rasul dahri dalam kuliahnya
malangnya apa yang dikatakan itu tidak benar sama sekali. Kesempatan yang ada penulis cuba untuk membuktikan dan membetulkan dakwaan tersebut dalam masa yang sama untuk menegur rasul dahri supaya memohon maaf kepada Ust Mahfuz serta semua yang mendengar kuliahnya itu serta bertaubat kerana rasul dahri telah melakukan perkara yang tiada contoh dari salaf (bid'ah)

Rasul Dahri mungkin tidak berhati-hati dalam ucapannya sehingga menuduh seseorang itu dengan memberikan gelaran yang tidak elok pembohong dan sebagainya. Perbuatan yang seperti ini, merupakan sebenar-benar bid'ah serta dikeji oleh agama

5 comments:

AbulAbas Aljuwaini said...

Inilah tuduhan seorang yang bernama rasul tetapi sikapnya banyak kazzab dan dusta, tak adapun ustaz Mahfuz kata hadis tapi katanya syarah (hadis)sahih Muslim bagi Imam Nawawi ra. Oleh itu jangan mudah terikut-ikut rasul bohong seperti ini kerana Rasul itu bersipat benar amanah dan tidak membawa kekecuhan dan kekeliruan dalam masyarakat .Kerja Rasul itu memmandu manusia kejalan pertunjuk keselamatan dan perpaduan.Bukan kerja membid'ah menyesatkan memasuk orang keneraka .
Ini kerja menyesatkan dan membid'ahkan umat .Janganlah kita perkutak katikkan agama yang terbuka luas dan hanif lagi samhaa ini ini

Muhammad said...

SEMINAR PEMBINAAN UMMAH DAN MEMBASMI MURTAD{ Februari 3, 2009 @ 12:02 pm } · { Majlis Ilmu }
{ Tags: SEMINAR PEMBINAAN UMMAH DAN MEMBASMI MURTAD }



ANJURAN BERSAMA UIA (MAHALLAH REPRESENTATIVE COMMITTEE(MRC)ALL MAHALLAH IN PETALING JAYA AND NILAI CAMPUS AND FOUNDATION STUDENTS COORDINATION COUNCIL - FSCC), JAKIM, JAWI DAN YAYASAN SOFA
TARIKH: 11 SHAFAR 1430H / 7 FEBRUARI 2009M (SABTU)
MASA: 8.00 PAGI - 11.45 MALAM
TEMPAT: DEWAN MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, JALAN DUTA.

ATURCARA:
7.30 pagi : Ketibaan para peserta
7.45 pagi : Ketibaaan tetamu khas dan juga para penceramah. Tetamu kehormat: Dato’ Pengarah JAKIM, Dato’ Mufti Wilayah Persekutuan dan Penaung Yayasan Sofa

8.15 pagi : Majlis Perasmian Seminar dan ucapan para tetamu kehormat.

9.15 pagi : Minum pagi

9.45 pagi : Ceramah 1 oleh al-Fadhil Ustaz Zamihan bin Haji Mat Zin, Pen. Pengarah Pusat Pengajian al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).
Tajuk ceramah: Peranan Mahasiswa Dalam Memahami Serta Membenteras Penyelewengan Agama Dan Gejala Murtad

10.45 pagi : Rehat

11.00 pagi : Ceramah 2 oleh al-Fadhil Ustaz Haji Mahfuz bin Muhammad al-Khalil, Pendakwah Bebas.
Tajuk ceramah: Kesamaran yang Perlu Dijelaskan dalam Memahami Agama

12.45 t’hari : Makan tengahari dan shalat zohor

2.00 petang : Ceramah 3 oleh Ustaz Ahmad Faidzurrahim bin Haji Muhammad Alwi, Pen. Pengarah Institut Pengajian Darul Hijrah, Pahang.
Tajuk ceramah: Pegangan Jitu Seorang Muslim

3.15 petang : Rehat

4.30 petang : Suai kenal bersama Ulama. Tausiyah oleh al-Mukarram Syaikh ‘Afeefuddin al-Jailani; Tausiyah oleh al-Habib ‘Ali Zaenal Abidin al-Hamid dan persembahan Qasidah oleh Yayasan al-Jenderami.

*************
Ceramah Khas - مفاهيم يجب أن تصحح (Kefahaman Yang Wajib Diperbetulkan)

7.45 malam: Ketibaan Tetamu Kehormat, penceramah dan para peserta seminar

8.15 malam: Majlis bermula - bacaan al-Quran, bacaan Ratib al-Hadddad, Ceramah oleh Syaikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki, Soal-Jawab

11.15 malam: Bacaan Maulid Daiba’ie, Qasidah Nabawiyah oleh Kumpulan as-Sofa

11.45 malam: Jamuan ringan dan bersurai.

Untuk keterangan lanju, sila hubungi:
Syed Muhd Saufi: 013-628 0251
Ustaz Muhadir: 012 - 697 3893

http://pondokhabib.wordpress.com

AbulAbas Aljuwaini said...

Tukang bohong ni juga tak pernah malu membuat pengkuan yang kumpulannya itu, adalah golongan salafsaleh, tapi bila bercakap dan berceramah tak pernah bersandarkan kata-kata salaf .Tetapi sandaran popular mereka tak pernah sampai kepada salafussaleh yang lahir dalam tiga kurun atau lima kurun terbaik .Kerana ulama yang menjadi ikutan mereka bukan salafussaleh malah ulama yang bukan salaf iaitu Ibnu Taimiah yang lahir pada kurun ketujuh dan murid-muridnya yang terkenal seperti Ibnul Jauziah ,Muhammad bin Abdul Wahab dan kuncunya dari ulam yang terkemudian hari ini, termasuk Al Bani, Bin Baz, Saleh Fauzan usaimin yang semuanya ditulak oleh ramai ulama dimasa mereka sendiri .Umpama Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab beliau bukan saja ditulak oleh ulama semasanya, tetapi ditentang oleh ayah dan abangnya sendiri .

Zainab said...

.......woiiii semua orang mempunyai akal, sejak kecilku hidup ditepi pondok dan aku tahu satu persatu.

apa saja yg menguntungkan mereka sama ada makan, wang, dan sbgnya semua agama yg dituntut.dipusing2 dan tafsir hinggalah jd benar pendapatnya. semua imam 4 jadi bodoh dibuatnya.

Adilkah pd pikiran kamu menggambil upah baca qur'an dikubur 3 malam RM900.00 sedangkan yang meninggal itu sahabat kamu?. namun memang begitu ahlul bid'ah umumnya mereka mencari makan dengan Agama.

adilkah bagi pikiran kamu memaksa kaum tani seperti kami mengadakan kenduri arwah 7 malam dengan belanja lebih kurang Rm3,000.00 sedangkan suami yang meninggal tidak meninggalkan wang utk anak2 cuma sebuah pondok dan tanah sekangkang kera.namum Lebai pondok tidak peduli itu semua kerana kepentingan duniawi...

boleh jalanlah denga Lebai2 kurap ini, kerana kini aku sudah tahu membaca, melayu, inggeris dan arab..kitab2 imam mazhab tidak tertulis sepertimana yang kamu bawa ke kampung.

apa saja yg tidak sejalan dengan nafsu kamu, maka kamu takutkan dengan lebel wahabi dan kaum muda.sedangkan kaum tua itulah yang menganjurkan khurafat dikg2 untuk sesuap nasi....

AbulAbas Aljuwaini said...

Ini baru aku dapat tahu bahawa amalan yang sunat itu dikatakan wajib mwreka ini perlu banyak blajar lagi supaya tidak menjadikeliru antara mana yang wajib dan mana yang sunat .Yang kamu nak buat sangat yang sunah tu apa pasai mek nab!pak lebai malang mana yang cakap begitu atau kamu sengaja adakan kekeliruan sendiri untuk mempitnahkan orang lain ?