Tuesday, January 27, 2009

Point penting untuk di fahamkan.

Point penting untuk di fahamkan.

1) Pemahaman pengikut Mujassimah Moderen vs Para Salaf dan Khalaf dalam memahami nas mutashabihaat

Para salaf dengan jelas memahaminya dgn kaedah tafwidh ataupun takwil ijmali terhadap makna nas tersebut tetapi pengikut mujassim moderen, mengamalkan isbat zahir terhadap nas tersebut.

Disebabkan itulah, dapat dilihat didalam kalam-kalam ulama' salaf yg dinukilkan mengekalkan lafaz nas tersebut, tanpa menzahirkan dalam bentuk bahasa yang lain atau yang setara dengannya. Malangnya mujassim moderen menukarkan kalam ulama' itu kepada pahaman mereka dengan menterjemahkan dan menghuraikan kalam ulama' tanpa haq.


2) Pententangan antara nas, jika memahaminya secara Mujassimah Moderen,
Pemahaman zahiriah yang diambil oleh Mujassimah Moderen ini menjadikan pertentangan diantara nas-nas yang wujud;

Diantara nas-nas yang bersifat bertentangan ialah;

i) Al Qasas; 88: "Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Wajah Allah'
Menunjukkan sifat-sifat yang lain seperti Yadd, Kalam, Basiirun akan musnah.

ii) Al Baqorah; 115: "maka ke mana sahaja kamu arahkan diri maka di situlah Wajah Allah"
Yakni bertentangan dgn sifat fissama' dan istawa 'alal 'arsh

iii) Hadith Qudsi, Sohih Muslim : "Allah s.w.t. berfirman: “Wahai HambaKu. Aku lapar, mengapa kau tidak memberi makan kepadaKu?"
Yakni menetapkan Lapar dan Makan sebagai sifat Allah..

Dan banyak lagi, inilah contoh jika memahamkannya dengan makna zahir, maka kita telah mengisbatkan perkara yang Mustahil kepada Allah, Maha Suci Allah dari perkara-perkara demikian.


3) Mujassim Moderen bersikap melampau
Sikap melampau untuk mentarjihkan pandangan mereka membawa mereka untuk menolak dan menyesatkan golongan yang lain, iaitu golongan Ashaariyyah dan Maturidiyyah. Sedangkan mereka lupa bahawa Ashaariyyah dan Maturidiyyah merupakan golongan yang majoriti dan diterima sebagai Ahl Sunnah sejak dari 300 H. Padahal pahaman yang mereka bawa hanya bermula sejak fahaman Ibn Taimiyyah sekitar 700 H. Ini sesuatu yang menghairankan. Dimana fahaman sedemikian sebelum 700H?


4) Kelompangan dari segi masa dan sanad keilmuan
Seperti yang dinyatakan didalam point ke 3, kewujudan golongan ini hanya ekslusif bersandarkan pahaman Syaikh Ibn Taimiyyah sekitar tahun 700H, kemudian padam semula sehinggalah dibangkitkan semula oleh Syaikh Muhammad Abdul Wahab. Ini merupakan satu perkara yang pelik, kerana dakwa mereka ini yang menisbahkan diri mereka kepada golongan salaf.
Pelik kerana, sudah tentulah yang memahami Al Quran, Sunnah Rasul dan Ijma' Sahabat sudah tentulah para Salaf As Soleh(akhir pd kurun ke-3 H), namun, siapa pula yang lebih memahami Ulama' salaf, melainkan para murid mereka sendiri, yakni disebut 'ashab' yang menuntut dengan jaluran dan sanad ilmu yang sohih. Kemudian para murid ini mengajar kepada murid-muridnya, dan pewarisan keilmuan ini sampai kepada golongan Khalaf As Sodiq, dan diteruskan tradisi keilmuan ini dan difahami oleh majoriti ummah sebagaimana yang diajarkan oleh golongan salaf.
Kemudian, datang pula satu golongan yang lain, yang hanya memahamkan separuh kata-kata para salaf dengan kaedah mereka sendiri, dengan berpaling daripada jumhur. Tidak kah pelik perlakuan ini?
Yang mana lebih mendekati sunnah dan kebenaran? Golongan yang jelas lagi sohih sanad ilmunya lagi majoriti atau pun golongan yang baru muncul tanpa sanad ilmu yang sah kemudian berpendirian melawan majoriti dan menggelarkan majoriti dengan gelaran sesat, syirik lagi bidaah?


5) Implikasi pahaman ini membawa kepada penyesatan Para Ulama'

Satu lagi yang seolah-olah cuba dipadam oleh golongan yang menyesatkan Ashaariyyah ini ialah, mereka ini lupa dan buta bahawa, para Ulama' besar zaman-berzaman adalah Ulama' yang berpegang kepada Aqidah Ashaariyyah dan Maturidiyyah. Lantas perbuatan mereka menyesatkan Aqidah Ashaariyyah memberi implikasi bahawa Para Ulama' besar ini juga adalah Sesat! Antara Ulama' yang terlibat ialah;

i) Shaykh al-Islam Ahmad ibn Hajar 'Asqalani (d. 852/1449; Rahimullah)
ii) Imam Nawawi (d. 676/1277; Rahimullah),
iii) Hujjatul Islam Imam Abu Hamid Al Ghazali
iv) Imam Qurtubi (d. 671/1273; Rahimullah),
v) Shaykh al-Islam ibn Hajar Haytami (d. 974/1567; Rahimullah),
vi) Zakariyya Ansari (d. 926/1520; Rahimullah),
vii) Imam Abu Bakr Baqillani (d. 403/1013; Rahimullah),
viii) Imam 'Asqalani
ix) Imam Nasafi (d. 710/1310; Rahimullah)
x) Jumhur Ulama' pada setiap zaman sehingga sekarang

Ruj : http://www.masud.co.uk/ISLAM/misc/ashari.htm


6) Ketaksuban mereka kepada sebilangan Ulama' sahaja dan menolak Jumhur
Selalunya mereka mengistilahkan Ulama' yang tidak sependapat dengan aliran Mujassim ini sebagai Ulama' Suu' . Cuma masalahnya, jika mengikut penilaian demikian, maka hanya tinggal beberapa Ulama' sahaja yang berpusatkan pemikiran Wahabiyyah. Mereka didalam menasihati orang lain lupa bahawa, peribadi Ulama' yang mereka agungkan sebagai Ulama' al Haq sendiri bersikap dengan sikap Ulama' Suu' (Semoga Allah mengampuni mereka). Tambahan pula, para ulama' yang didokong mereka tidak pernah sunyi dari kritikan dan radd kepada kitab-kitab mereka oleh para Ulama' sedunia yang mempunyai 'authority' dan sanad keilmuan yang sohih. Ketaksuban mereka kepada beberapa Ulama' menjadi-jadi sehinggakan seolah-olah mereka hanya mengambil pandangan Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim Jauziyyah, Muhammad Abdul Wahab, Bin Baz, Albani, Soleh Fauzan, Syeikh Muqbil semata-mata secara ekslusif biarpun bertentangan dengan Jumhur mazhab yang 4. Ini amat menghairankan, kerana gesaan mereka untuk kembali kepada Al Quran dan Sunnah dan menolak taqlid kepada mazhab, padahal mereka juga bertaqlid buta kepada ulama'-ulama' mereka.

7) Bersikap tidak berlapang dada dalam perkara khilaf

Seperkara yang menjadi kemusykilan ana, mereka yang mencanangkan Ittiba' Rasul tetapi pada hakikat dan realitinya jauh dari mengikut sunnah. Yang paling ketara adalah sikap tidak menerima perkara khilaf yang para Ulama' berlapang dada dengannya. Boleh dikatakan 'syirk', 'bidaah' dan 'kufr' menjadi zikir harian mereka terhadap perkara yang selalunya pun mereka tidak cuba memahaminya. Kecenderongan melabelkan ahl bidaah, kaafir dan sebagainya telah sedikit sebanyak menggoyah kesatuan dan melemahkan ummah.

Atas dasar inilah, masalah Aqidah Mujassim ini perlulah di hapuskan sehapus hapusnya demi memelihara kemurnian Aqidah Rasul, Para Sohabat yang menyampaikannya kepada Para Ulama' Salaf yang menyampaikannya pada Para Ulama' Khalaf yang meyampaikannya kepada kita, majoriti Ummah.




Dipetik dari blog Abi Qalam

No comments: