Friday, April 13, 2012

maaf semua
cerita punca penyelewengan wahabi ialah kerana berpegang hanya dengan satu hadis yang menyokong fahaman mereka yang salah dan sesat itu, dan menulak hadis sahih yang lain sedangkan umat Islam perlumeberma semua hadis yang sahih dalam satu-satu isu yang timbul contohnya dalam isu bidaah sekurang-kurangnya ada tiga hadis sahih dan kuat riwyat Bukharidan Muslim
1-bermaksud setiap perkara yang baru diada-adakan itu bidah dan setiap bidah itusesat dan setiap kesesatan itu keneraka H.R Muslim .
2-Sesiapa yang mengada-ngadakan dalam urusan agama kami ini perkara baru yang bukan berasaskan daripadanya maka tertulaklah ia.HRMuslim.disini bermaksud adapun perkara baru yang baik dan ada asasnya dari agama maka boleh diterima dan tidak tertolak
3- siapa yang meneroka jalan yang baik maka baginya fahala kebaikanya itu dan fahala orang yang mengikuti jejaknya tanpa berkurangan fahala mereka semua sedikitpun demikianlah sebaliknya H.RMuslin sahih juga.Puak wahabi terus menolak hadis ini kerana membuktikan perkara baru itu terbahagi dua , ada yang hasanah dan ada yang buruk.Jadi mereka cuma menerima hadis pertama yang pada lahirnya menampakan perkara bidah itu hanya satudan sesat sahaja .Sadangkan pada fahaman kita ASWJ haram menolak mana-mana hadis sahih tersebut malah hendaklah diterma dan diselaraskan antara sekalian hadis tersebut, iaitu dengan mengatan hadis pertama itu umum makhsus perkataan kullyang biasanya bermakna setiap atau semua itusebenarnya bermakna sebahagian besar atau kebanyakan perkara baru itu sahaja yang boleh menjadi bid.ah tetapi sebahagian kecil ada bidah yang tidakboleh dihukumkanya sebagai bidah yang sesat.Ini bamyak contohnya yang berlaku dalam al-Quran dan Hadis antaranya firman Allah bermaksud"dan dikurniakan kepada putri Balqis itu dari setiap (kulli) suatu" 23 sabaa. Adakah Allah mengerniakan kepadanya kerajaan Nabi Sulaiman dan kuasa pemerintahan diluar Nagara Saba, contoh lagi firman Allah bermaksud "ada dibelakang mereka(pelaut)itu seorang raja(zalim)menunggu untuk merampas semua (kulla)kapal(yang lalu) al kahfi 78 .kalau semua kapal akan dirampasnya pasti Nabi Khidir a.s tidak menguyak kapal itu . Ini kerana Baginda tahu raja zalim itu tidak akan merampas kapal yang rusak dan terkuyak yang tidak boleh diguna lagi, Satu lagi contoh firman Allah bermaksud"angin topan itu boleh menghancurkan segal-galanya (kulla) segala suatu dengan izin tuhannya"al jathiah15.Adakah semua makhluk ini sudah di binasakannya sedangkan dalam ayat tersebut dikatakan setiap dan semua .Sebab itulah Imam Syafie kita beristimbat bahawa perkara baru atau bidah itu terbagi dua ,kiranya perkara itu bersesuaian dengan asas agama maka ianya bidah yang baik.pendatinilah yang paling muktamad, kerana Inan kita ini adalah ahli hadis dan pakar bahasa arab