Saturday, June 13, 2009

Dalam persoalan bid'ah ini terdapat banyak hadis yang perlu di ambil kira
1-hadis yang bermaksud " setiap bid'ah itu sesat setiap kesesatan itu balasannya neraka" hr Muslim .
2- hadis bermaksud " siapa yang mengada-ngadakan pada urusan agama kami ini suatu yang bukan berasas daripadanya maka tertolak"hr Muslim juga .
3-hadis bermaksud " siapa yang meneruka suatu jalan yang baik ,maka baginya pahala ganjaran dan pahala orang yang mengikutinya hingga hari kiamat ,demikian juga mereka yang meneruka suatu keburukan , baginya dosanya dan dosa orang yang mengikuti jejaknya hingga hari kiamat da siapa yang menerokai satu jalan yang buruk maka atasnya dosa dan dosa mereka yang mengikuti jijaknya hingga hari kiamat tanpa berkurangan dosa mereka semua sedikit pun " hr Imam Muslim juga.

Menurut pandangan majoriti ulama, rasionalnya ketiga hadis ini boleh selaraskan dengan baik . iaitu seperti berikut hadis pertama itu ditujukan kepada segala perkara baru (bid'ah sayyiah)yang tidak mempunyai asas dan dalil dari agama .Adapun suatu yang berasas dan ada dalilnya, sekalipun secara umum dari dari agama , seperti firmanNya buatlah kebajikan semuga kamu berjaya -al Hajj:77 dan firmanNya lagi bertolong menolong atas kerja-kerja kebaikan dan ketaqwaan dan jangan bertolongan atas kerja dosa dan permusuhan al Maidah:2 dan firmannya wahai orang beriman ingatilah kepada Allah sebagai ingatan yang sebanyaknya dan bertasbihlah kepadaNya pagi dan petang al Ahzab 41-42. Manakala suatu perkara baru dalam agama yang dikira dan diterima baik oleh satu-satu masyarakat itu hendalah diterima dan dilakukan selama ia perkara makruf untuk kebaikan semua sesuai dengan sabdanya bermaksud "janganlah kamu meremehkan perkara makruf itu suatu apapun" hr Muslim.Ini adalah perintah agama, selagi tidak bertentangan dengan dalil syarak khusus yang lain sepeti amalan menghadiahkan pala sedekah bacaan al Quran dan ibadat
haji kepada keluarga yang telah meninggal disuruh dan dibenarkan dalam agama .sedangkan perkataan kull dalam hadis pertama tadi adalah untuk mubalaghah sahaja bukan bermakna semua sekali malah boleh difaham dengan makna kebanyakan atau sebahagian besar daripadanya sahaja.Sama juga seorang yang membeli seraga buah dipasar,biladitanya berapa banyak buah yang kamu beli dipasar tadi? jawabnya seraga buah tetapi apa yang dilakukan tentulah buah seraga tadi dipilih dulu dan diambil sebahagian yang baik-baik sahaja, sedangkan yang buruk yang tinggal lgi itu pasti dibuangnya kiranyadia seorang yang waras .Sebab itu banyak perkataan kull dalam Quran difahami dengan makna sebahagian besar dan kebanyakan sahaja contoh firmanNya bermaksud"dan adalah dihadapan mereka raja (zalim)yang sedang menunggu untuk merampas kebanyakan kapal (yang baik)sedang berkerja dilaut )al Kahf 78 dan firmanNya lagi bermaksud"dikurniakan kepada (raja Balqis )itu segala(kulli syai')suatu alNaml 23perkataan kull disini juga bermaksud"sebahagian atau kebanyakan sahajaa. Ini semua percakapan balaghah namanya .