Thursday, January 15, 2009

Perhatian semua!
Hari ini lahir lagi fahaman pelik wahabiah yang begitu lama dalam persembunyiannya sejak dari zaman kemunculannya dulu kerana mendapat tentangan hebat dari umatIslam dan para ulamanya pada masa itu , kedatangannya hari ini bukan atas namanya yang buruk dan seruan sesatnya tetapi dalam rupa bentuknya yang baru dan menarek dengan memperkenalkan dirinya sebagai aswj ,salafu-saleh syafieah dan lain-lain,tetapi ajaran yang dibawanya juga sama dengan ajaran lama mereka yang membid'ah dan menyesatkan seluruh umat Islam yang berlainan pendapat dengan mereka kumpulan ini terdiri dari beberapa aliran ,yang paling bahaya ialah kumpulan yang mentakfirkan seluruh umatselain kumpulan mereka sahaja yang mempunyai 'akidah yang salah mengenai Allah swt. kata mereka Allah itu berada dilangit berdasarkan Quran dan hadis seperti firmanNya pada surah Taha ayat 5 dan hadis mengenai Jariah dan lain-lain bilakita mengemukakan persoalannya kata mereka tak ada soalan apa lagi kerana dalil yang mereka bawa adalah al Quran dan hadis yang merupakan dalil qatie semuanya oleh iti kata merka tidak perlu sebarang persoalan lagi bagi orang beriman terhadap Quran dan hadis .Tetapi persoalannya sekarang bukan mengenai dalil tersebut yang perlu dibahas tetapi mengenai cara femahaman dalil itu sendiri yang disalah faham dan cuba disamakan antara dalil yang berlainan , cuba lihat dalam Quran terdapat banyak dalil dan ayat yang sebahagiannya ada yang berbentuk muhkamat dan ada yang mutasyabihat .Yang mana ayat yang muhkamat itu boleh diterima dan perlu diimanani mengikut zahir makna dan maksudnya kerana tidak ada sebarang kesamaran padanya ,tetapi yang berbentuk (mutasyabih) hanya wajib diimani dan diterima mengikut apa(lapaz) yang didatang sahaja , tanpa boleh difahami mengikut makna zahirnya kerana ianya boleh membawa kesamaran dan mendatangkan fitnah kepada orang ramai kerana mengandungi persamaan dan menyerupai dengan makhluk sedangkan penyerupaan dan persamaan tersebut telah dinafi dan ditolak Allah dalam ayatNya (muhkam ) yang lain yang lebih jelas maknanya tanpa ada maksud kesamaran yang lain lagi firmanNya bermaksud " tidak ada yang menyerupaiNya suatu" al Syura 11. alIkhlas 4.Demikian juga RasulNya dan seluruh para sahabat tabi'dan tabi'in dari kalangan salafsaleh sebagaimana kata Rasulullah saw. "adalah Allah itu wujud sejak azali lagi tanpa ada suatu sertaNya Dia sekarang seperti wujudNya dulu juga tidak ada sebarang perubahan " HR Bukhari .Kata 'Ali (krm) apa saja yang terbayang dan terlintas pada benakmu
maka Allah menyalahi dan bukan itu semua" Qusyairiah ;kata Abu Bakr ra. lemah hamba untuk mendapatkan (membayangkan) bagaimana zat Allah (bertempat berpihak berruang dan lainnya) itulah pengenalan yang sebenar-benarnya .Kumpulan ini amat merbahaya kerana penyeliwengan dan kesesatan 'akidahnya yang cuba diserapkan kedalam masyarakat .Saudara perlu mengawasinya ditempat masing-masing agar ianya tidak akan meresapi fikiran kaum bangsa kita yang bersih dan jernih ini.
harap mendapat perhatian semua dan ingatkan kawan-kawan agar berhati-hati dengan kumpulan wahabiah ini dan jangan terperangkap dengan lagak dan lakunan mereka ini yang nampak menarik dan islamik bertaqwa dan berakhlak tetapi apa yang sebenarnya mereka itulah tanduk syaitan yang diberitahu oleh Rasulullah dalam hadis Bukhari dan lain yang mana ajaran itu bermula tersebar dari najd dan dua tanduk syaitan yang lahir disana bersama gelumbang ajaran mentakfir dan membid'ahkan umat Islam sejak 600 tahun sesudah wafatnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam

1 comment:

AbulAbas Aljuwaini said...
This comment has been removed by the author.