Tuesday, November 18, 2008

Qunut dalam Sembahyang Subuh

Qunut dalam Sembahyang Subuh.

Di dlm mazhab Syafie sudah disepakati bahawa membaca doa qunut dlm sembahyang
Subuh , pada iktidal rakaat kedua adalah sunat abíad dlm erti diberi pahala bagi orang yg
mengerjakannnya dan bagi yg lupa atau lalai mengerjakannya disunatkan utk
menggantikannya dgn sujud sahwi.

Tersebut dlm kitab Al-Majmuí syarah Muhazzab jilid 3 hlm.504, maksudnya:
ìDlm mazhab Syafie disunatkan qunut pada solat subuh sama ada ketika turun bencana
atau tidak. Dgn hukum inilah berpegang majoriti ulamak salaf dan orang2 yg sesudah
mereka atau kebanyakan dari mereka. Dan diantara yg berpendapat demikian adalah Abu
Bakar As-Siddiq, Umar bin Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Ibnu Abbas,
Barraí bin Azib, semoga Allah meredhai mereka semua. Ini diriwayatkan oleh Baihaqi
dgn sanad2 yg sahih. Ramai orang yg termasuk tabiíin dan yg sesudah mereka
berpendapat demikian. Inilah juga mazhab Ibnu Abi Laila, Hasan, Ibnu Salah, Malik dan
Daud.î

Tersebut dlm kitab Al-Um jilid 1 hlm.205 bahawa Imam Syafie berkata,maksudnya:
ìTak ada qunut dlm sembahyang lima waktu kecuali sembahyang subuh. Kecuali jika
terjadi bencana maka boleh qunut pada semua sembahyang jika imam menyukaiî
Tersebut dlm kitab Al-Mahalli jilid 1 hlm.157, berkata Imam Jalaluddin Al-Mahalli, maksudnya:
ìDisunatkan qunut pada iktidal rakaat kedua drpd solat subuh dgn doa, Allahumahdini
hingga akhirnyaî Demikianlah keputusan dan kepastian hukum tentang qunut subuh dalam mazhab kita Syafie.

ALASAN ORANG-ORANG YG MENOLAK QUNUT

Ada orang yg berpendapat bahawa Nabi Muhammad saw melakukan qunut satu bulan shj
berdasarkan hadith Anas ra, maksudnya:

ìBahawasanya Nabi saw melakukan qunut selama satu bulan sesudah rukuk sambil
mendoakan kecelakaan ke atas beberapa puak Arab kemudian baginda
meninggalkannya.î Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Kita menjawab:

Hadith daripada Anas tersebut kita akui sebagi hadith yg sahih kerana terdapat dlm kitab
Bukhari dan Muslim. Akan tetapi yg menjadi permasalahan sekarang adalah
kata:(thumma tarakahu= Kemudian Nabi meninggalkannya).
Apakah yg ditinggalkan oleh Nabi itu? Meninggalkan qunutkah? Atau meninggalkan berdoa yg mengandungi kecelakaan ke atas puak-puak Arab?
Untuk menjawab permasalahan ini lah kita perhatikan baik2 penjelasan Imam Nawawi
dlm Al-Majmuíjil.3,hlm.505 maksudnya:
ìAdapun jawapan terhadap hadith Anas dan Abi Hurairah r.a dlm ucapannya dengan
(thumma tarakahu) maka maksudnya adalah meninggalkan doa kecelakaan ke atas
orang2 kafir itu dan meninggalkan laknat terhadap mereka shj. Bukan meninggalkan
seluruh qunut atau meninggalkan qunut pada selain subuh. Pentafsiran spt ini mesti
dilakukan kerana hadith Anas di dlm ucapannya ísentiasa Nabi qunut di dlm solat subuh
sehingga beliau meninggal duniaí adalah sahih lagi jelas maka wajiblah menggabungkan di antara kedua-duanya.î Imam Baihaqi meriwayatkan dan Abdur Rahman bin Madiyyil, bahawasanya beliau berkata, maksudnya:
ìHanyalah yg ditinggalkan oleh Nabi itu adalah melaknat.î
Tambahan lagi pentafsiran spt ini dijelaskan oleh riwayat Abu Hurairah ra yg berbunyi,
maksudnya:
ìKemudian Nabi menghentikan doa kecelakaan ke atas mereka.î
Dengan demikian dapatlah dibuat kesimpulan bahawa qunut Nabi yg satu bulan itu
adalah qunut nazilah dan qunut inilah yg ditinggalkan, bukan qunut pada waktu solat
subuh.
2. Ada juga orang2 yg tidak menyukai qunut mengemukakan dalil hadith Saad bin Thariq
yg juga bernama Abu Malik Al-Asjaíi, maksudnya:
ìDari Abu Malik Al-Asjaíi, beliau berkata: Aku pernah bertanya kpd bapaku, wahai
bapa! sesungguhnya engkau pernah solat di belakang Rasulullah saw, Abu Bakar, Usman
dan Ali bin Abi Thalib di sini di kufah selama kurang lebih dari lima tahun. Adakah
mereka melakukan qunut?. Dijawab oleh bapanya:îWahai anakku, itu adalah bidíah.î
Diriwayatkan oleh Tirmizi.

Kita jawab:

Kalau benar Saad bin Thariq berkata begini maka sungguh menghairankan kerana
hadith2 tentang Nabi dan para Khulafa Rasyidun yg melakukan qunut banyak sangat
sama ada di dlm kitab Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Abu Daud, Nasaíi dan Baihaqi.
Oleh itu ucapan Saad bin Thariq tersebut tidaklah diakui dan terpakai di dlm mazhab
Syafie dan juga mazhab Maliki.
Hal ini disebabkan oleh kerana beribu-ribu orang telah melihat Nabi melakukan qunut,
begitu pula sahabat baginda. Manakala hanya Thariq seorang shj yg mengatakan qunut
itu sebagai amalan bidíah.
Maka dlm kes ini berlakulah kaedah usul fiqh iaitu:
ìAlmuthbitu muqaddimun aíla annafiî
Maksudnya: Orang yg menetapkan lebih didahulukan atas orang yg menafikan.
Tambahan lagi orang yg mengatakan ADA jauh lebih banyak drpd orang yg mengatakan
TIDAK ADA.
Seperti inilah jawapan Imam Nawawi didlm Al-Majmuí jil.3,hlm.505, maksudnya:
ìDan jawapan kita terhadap hadith Saad bin Thariq adalah bahawa riwayat orang2 yg
menetapkan qunut terdapat pada mereka itu tambahan ilmu dan juga mereka lebih
banyak. Oleh itu wajiblah mendahulukan merekaî
Pensyarah hadith Turmizi yakni Ibnul ëArabi juga memberikan komen yg sama terhadap
hadith Saad bin Thariq itu. Beliau mengatakan:îTelah sah dan tetap bahawa Nabi
Muhammad saw melakukan qunut dlm solat subuh, telah tetap pula bahawa Nabi ada
qunut sebelum rukuk atau sesudah rukuk, telah tetap pula bahawa Nabi ada melakukan
qunut nazilah dan para khalifah di Madinah pun melakukan qunut serta Sayyidina Umar
mengatakan bahawa qunut itu sunat,
telah pula diamalkan di Masjid Madinah. Oleh itu janganlah kamu tengok dan jgn pula
ambil perhatian terhadap ucapan yg lain drpd itu.î
Bahkan ulamak ahli fiqh dari Jakarta yakni Kiyai Haji Muhammad Syafie Hazami
di dlm kitabnya Taudhihul Adillah ketika memberi komen terhadap hadith Saad
bin Thariq itu berkata:
ìSudah terang qunut itu bukan bidíah menurut segala riwayat yg ada maka yg bidíah itu
adalah meragukan kesunatannya sehingga masih bertanya-tanya pula. Sudah gaharu
cendana pula, sudahh tahu bertanya pulaî
Dgn demikian dapatlah kita fahami ketegasan Imam Uqaili yg mengatakan bahawa Abu
Malik itu jangan diikuti hadithnya dlm masalah qunut.(Mizanul Iítidal jil.2,hlm.122)

3. Ada juga orang mengetengahkan riwayat dari Ibnu Masuíd yg mengatakan,
maksudnya: ìNabi Muhammad saw tidak pernah qunut di dlm solat apa pun.î
Kita jawab:
Riwayat ini menurut Imam Nawawi dlm Al-Majmuí adalah terlalu dhaif kerana di antara
perawinya terdapat Muhammad bin Jabir A-Suhaimi yg ucapannya selalu ditinggalkan
oleh ahli2 hadith. Tersebut dlm kitab Mizanul Iítidal karangan Az-Zahabi bahawa
Muhammad bin Jabir As-Suhaimi adalah orang yg dhaif menurut perkataan Ibnu Muíin
dan Imam Nasaíi.
Imam Bukhari mengatakan: ìIngatannya tidak kuat!î
Imam Abu Hatim mengatakan:îDlm waktu yg akhir dia agak pelupa dan kitabnya telah
hilang.î(Mizanul Iítidal jil. 3, hlm.492)
Kita juga boleh mengatakan dgn jawapan terdahulu bahawa orang yg mengatakan ADA
lebih didahulukan drpd orang yg mengatakan TIDAK ADA berdasarkan kaedah:-
ìAl-muthbitu muqaddamun aíla annafiî maksudnya: Orang yg menetapkan lebih
didahulukan atas orang yg menafikan.
4. Ada juga yg mengajukan dalil bahawa Ibnu Abbas berkata, maksudnya:
ìQunut pada solat subuh itu bidíahî
Kita jawab:
Hadith ini dhaif sangat kerana AlBaihaqi meriwayatkannya dari Abu Laila Al-Kufi dan
Baihaqi sendiri mengatakan bahawa hadith ini tidak sahih kerana Abu Laila itu adalah
matruk(orang yg ditinggalkan hadithnya).
Tambahan lagi pada hadith yg lain Ibnu Abbas sendiri mengatakan, maksudnya:
ìBahawa Nabi saw melakukan qunut pada solat subuh.î
5. Ada juga yg membawa dalil bahawa Ummu Salamah berkata, maksudnya:
ìBahawasanya Nabi saw melarang qunut pada solat subuh.î
Kita jawab:
Hadith ini juga dhaif kerana diriwayatkan dari Muhammad bin Yaíla dari Anbasah bin
Abdurrahman dari Abdullah bin Nafi dari bapanya dari Ummu Salamah.
Berkata Daruqutni: Ketiga2 orang itu adalah lemah dan tidak benar kalau Nafi
mendengar hadith itu dari Ummu Salamah.

Tersebut dlm Mizanul Iítidal: Muhammad bin Yaíla itu diperkata-katakan oleh Imam
Bukhari bahawa dia banyak menghilangkan hadith. Abu Hatim mengatakannya
matruk.(mizanul Iítidal 4/70). Anbasah bin Abdurrahman menurut Imam Bukhari
hadithnya matruk. Manakala Abdullah bin Nafi adalah orang yg banyak meriwayatkan
hadith munkar.(Mizanul Iítidal 2/422)

- Mengenai Qunut, memang terdapat Ikhtilaf pada 4 madzhab, masing masing
mempunyai pendapat, sebagaimana Imam Syafii mengkhususkannya pada setelah ruku
pada rakaat kedua di shalat subuh.., dan Imam Malik mengkhususkannya pada sebelum
ruku pada Rakaat kedua di shalat subuh (Ibanatul Ahkam fii Syarhi Bulughulmaram Bab
I),
mengenai Qunut dengan mengangkat kedua tangan telah dilakukan oleh Rasul saw dan
para sahabat, maaf saya tak bisa menyebut satu persatu, namun hal itu teriwayatkan pada
: Sunan Imam Baihaqi Alkubra Juz 2 hal 211 Bab Rafíul yadayn filqunut, Sunan Imam
Baihaqi ALkubra Juz 3 hal 41, Fathul Baari Imam Ibn Rajab Kitabusshalat Juz 7 hal 178
dan hal 201, Syarh Nawawi Ala shahih Muslim Bab Dzikr Nida Juz 3 hal 324, dan
banyak lagi.
Mengenai dalil shahih masalah qunut, sanadnya adalah sebagai berikut :














dikatakan oleh Umar bin Ali Al Bahiliy, dikatakan oleh Khalid bin Yazid, dikatakan
Jakfar Arraziy, dari Arrabií berkata : Anas ra ditanya tentang Qunut Nabi saw bahwa
apakah betul beliau saw berqunut sebulan, maka berkata Anas ra : beliau saw selalu terus
berqunut hingga wafat, lalu mereka mengatakan maka Qunut Nabi saw pada shalat subuh
selalu berkesinambungan hingga beliau saw wafat, dan mereka yg meriwayatkan bahwa
Qunut Nabi saw hanya sebulan kemudian berhenti maka yg dimaksud adalah Qunut
setiap shalat untuk mendoakan kehancuran atas musuh musuh, lalu (setelah sebulan)
beliau saw berhenti, namun Qunut di shalat subuh terus berjalan hingga beliau saw wafat.
berkata Imam Nawawi : mengenai Qunut subuh, Rasul saw tak meninggalkannya hingga
beliau saw wafat, demikian riwayat shahih dari anas ra. (Syarah nawawi ala shahih
Muslim)

Berkata Imam Ibn Hajar AL Asqalaniy : Dan telah membantah sebagian dari mereka dan
berkata : Telah sepakat bahwa Rasul saw membaca Qunut Subuh, lalu berikhtilaf mereka
apakah berkesinambungan atau sementara, maka dipeganglah pendapat yg disepakati
(Qunut subuh), sampai ada keterangan yg menguatkan ikhtilaf mereka yg menolak
(Fathul Baari Bisyarah shahih Bukhari oleh Imam Ibn Hajar Al Asqalaniy)
Dan berkata Imam Ibn Abdul Barr : sungguh telah shahih bahwa Rasul saw tidak berhenti
Qunut subuh hingga wafat, diriwayatkan oleh Abdurrazaq dan Addaruquthniy dan di
shahihkan oleh Imam Alhakim, dan telah kuat riwayat Abu Hurairah ra bahwa ia
membaca Qunut subuh disaat Nabi saw masih hidup dan setelah beliau saw wafat,
Dan dikatakan oleh Al Hafidh Al Iraqiy, bahwa yg berpendapat demikian adalah Khulafa
yg empat (Abubakar, Umar, Utsman dan Ali radhiyallahuíanhum), dan Abu Musa ra, Ibn
Abbas ra, dan Al Barraí, dan lalu diantara para Tabiin : Hasan ALbashriy, Humaid, Rabií
bin khaytsam, Saíid ibn Musayyab, Thawus, dan banyak lagi, dan diantara para Imam yg
berpegang pada ini adalah Imam Malik dan Imam Syafii,
Walaupun ada juga yg mengatakan bahwa Khulafa Urrasyidin tidak memperbuatnya,
namun kita berpegang pada yg memperbuatnya, karena jika berbenturan hukum antara yg
jelas dilakukan dengan yg tak dilakukan, maka hendaknya mendahulukan pendapat yg
menguatkan melakukannya daripada pendapat yg menghapusnya. (Syarh Azzarqaniy alal
Muwatta Imam Malik)
Imam Ibn Abdul Bar kemudian menyebutkan pula pendapat yg menentang pendapat
diatas.
walhasil saudaraku, tak perlu diperpanjang perdebatan masalah Qunut, karena telah baku
bahwa Imam Malik dan Imam Syafii melakukannya, dan Imam Hanafi dan Imam
Hambali tak melakukannya.

No comments: