Thursday, October 30, 2008

Salafi @ wahabi salah faham terhadap hadith Rasulullah (SAW)

Salafi @ wahabi salah faham terhadap hadith Rasulullah (SAW)

Setiap yang baharu (kullu muhdathatin) adalah bid‘ah, dan setiap
bid‘ah itu sesat (dlalalah), dan setiap yang sesat itu ke Neraka [1]

Ini adalah kerana cara pemahaman mereka itu telah bertentangan
dengan Hadith Rasulullah (SAW) berhubung dengan perbezaan
pendapat di kalangan para 'ulama'

"Jika seseorang hakim itu berijtihad dan tepat ijtihadnya, maka
beliau memperolehi dua pahala; manakala hakim yang berijtihad
namun tersasar, maka beliau memperolehi satu pahala."[2]

Hampir seluruh ulama termasuk Ibn Taymiyyah memahami hakihat
hadith diatas dari segi ganjaran pahala terhadap para mujtahid
atas hasil keputusan ijtihad mereka yang diasaskan melalui
prinsip Sunnah. Malah turut menganggap hasil ijtihad itu
merupakan sebahagian dari Shariah.

Ianya amat berbeza dengan golongan "salafi" pada hari ini yang
berpendapat bahawa hasil ijtihad para mujtahid merupakan bid'ah
dalam agama. Dan seterusnya menghukum mereka serta orang-orang
yang mengikut mujtahid itu sebagai ahli bid'ah. Semoga Allah swt
mengampunkan mereka dan merahmati mereka.

Salafi katakan bahawa kalimah "kull" bermaksud setiap/semua Sebenarnya kalimah kull tidaklah bermaksud sepertimana yang mereka fahami. Dari segi kalimah "kull" dalam bahasa Arab itu membawa maksud hampir keseluruhan atau kebanyakkan dan bukannya bermaksud semua tanpa pengecualian

Sebagai contoh terdapat beberapa ayat dari Al-Quran yang menjelaskan tentang perkara ini.

“Kami bukakan kepada mereka pintu segala (kull) perkara” (6:44)
(Pengecualian:pintu Rahmat tidak dibuka);

“Semua (kull) akan dibinasakan kerana perintah Tuhannya” (46:25)
(Pengecualian: rumah kediaman, bukit bukau, langit dan bumi tidak dibinasakan);

“Dan beliau telah diberikan ganjaran (yang banyak) akan segala (kull)perkara” (27:23)
(Pengecualian: singgahsana Nabi Sulaiman a.s.)

• “Dan setiap insan itu tidak memperolehi melainkan apa yang beliau usahakan”(53:39)
(Pengecualian: di sana ada dalil-dalil yang sampai tahap tawatur ma'nawi di mana seseorang Islam itu mendapat manfaat dari amal orang lain, termasuk saudara maranya, doa para
malaikat sepertimana bukti yang dikumpulkan oleh Ibn Taimiyyah melebihi dua puluh dalil yang kemudiannya dipetik oleh al-Jamal dalam Syarahnya terhadap Tafsir al-Jalalain berhubung ayat ini);

“Manusia (al-nās) telah berkata kepada mereka bahawa sesungguhnya manusia (al-nās) telah berkumpul menentangmu” (3:173)
(Pengecualian: dalam dua-dua keadaan ‘manusia’ (al-nās) hanya merujuk kepada sekelompok manusia tertentu tanpa melibatkan keseluruhan manusia);

• “Sesungguhnya kamu (penyembah berhala) dan ‘apa’ (mā) yang kamu sembah selain dari Allah adalah bahan bakaran api Neraka” (21:98)
(Pengecualian: namun Nabi 'Isa a.s., ibunya dan para malaikat walaupun mereka turut disembah selain Allah, bukanlah termasuk dalam ayat ini).

“Dan berbincang dengan mereka dalam urusan” (3:159).
(Pengecualian: Ibn 'Abbas menyebut: "Iaitu sebahagian dari urusan"[4] kerana Rasulullah tidak berbincang dengan mereka dalam hal-ehwal hukum-hakam dan dalam menjatuhkan hukuman. )

• “Dan setiap (kull) diri akan diberikan ganjaran mengikut apa yang iausahakan” (20:15).
(Pengecualian: "setiap diri" di sini adalah diri yang tidak mendapat keampunan Allah, adapun yang mendapat keampunan Allah terkecuali dari ungkapan menyeluruh ini).

Para Ulama usul menggunakan kaedah untuk memutuskan sesuatu

hukum dari kalimah bahasa diatas ialah:

al-umum bi ma‘na al-khusus
“Keumuman (yang dinyatakan) membawa maksud yang khusus”

Begitu juga dari Hadith-Hadith contohnya:

Rasulullah telah mengutuskan seketumbukan tentera di bawah
pimpinan seorang panglima dari kalangan Sahabat, dan menasihati
mereka agar mematuhi perintah panglima tersebut. Dalam perjalanan, panglima itu telah naik berang terhadap mereka lalu menyalakan api dan memerintahkan mereka semua masuk ke dalamnya. Mereka enggan seraya berkata: “Kami lari menyelamatkan diri dari
api dan menuju Rasulullah (fararna ila Rasulillahi min -nār)!" Apabila Baginda mendengar akan berita itu, Baginda bersabda: "andaikata mereka masuk ke dalamnya (api), nescaya mereka tidak akan keluar sehingga Hari Qiamat. Ketaatan hanyalah dalam perkara kebaikan."[5]

Begitu juga dengan ayat al-Qur’ān: “Taatlah kamu kepada Allah, dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan pemimpin (ulil amr) di kalangan kamu”(4:59). Walaupun ianya diungkapkan membawa gambaran ‘mutlak’ (absolute) namun dari segi makna sebenarnya tidak sedemikian kerana ‘mutlak’ itu hanyalah ketaatan terhadap Allah dan RasulNya sahaja, manakala terhadap pemimpin (ulil amr) pula hanyalah ‘ketaatan bersyarat’ berdasarkan hadith
Baginda : "Tiada ketaatan terhadap makhluk dalam perkara
maksiat terhadap Allah."[6]

Rasulullah bersabda: "Setiap manusia akan dimamah bumi kecuali tulang sulbi ('ajbal-dhanab)."[7] Ibn 'Abdul Barr menyebut bahawa: "Ungkapan hadith ini secara
umumnya seolah-olah memberi gambaran bahawa semua manusia tanpa terkecuali, namun di sana ada hadith lain yang menyebut bahawa jasad para Nabi dan para Syuhada’ tidak dimamah bumi”.[8]

Rasulullah melarang pemulauan (al-hajr) seorang Islam dengan Islam yang lain selama lebih dari tiga hari.[9] Namun, beliau memerintahkan orang-orang Islam memulau tiga orang Sahabat yang tidak ikut serta dalam Peperangan Tabuk, dan pemulauan ini berlangsung selama lima puluh hari sepertimana yang diriwayatkan oleh Ka‘ab bin Malik al-Ansārī – salah seorang
dari tiga Sahabat itu-- di dalam Sahih Bukhari.[10] Oleh itu hadith yang melarang pemulauan itu tadi mengandungi tafsiran yang khusus.

Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya, biji hitam ini al-habbatul sauda') adalah ubat bagi segala (kull) penyakit kecuali mati”.[11] Sepakat para mufassir menegaskan bahawa kalimah
‘umum’yang digunakan dalam hadith ini merujuk kepada sesuatu yang ‘khusus’. Maksud hadith ini sebenarnya ialah ‘banyak’ penyakit boleh disembuh dengan habbatul sauda’, walaupun
kalimah ‘umum’ (segala) digunakan.

Rasulullah bersabda: "Tiada sesiapa yang sembahyang sebelum matahari terbit dan sebelum matahari jatuh masuk Neraka”[12]Hadith ini juga diungkapkan dengan kalimah umum merangkumi semua, walaupun maksud sebenarnya bukan sedemikian kerana ianya
tidak termasuk orang yang meninggalkan Sembahyang Zuhur,Maghrib, dan 'Isha'. Ibn Hajar mengesahkan kaedah al-Tibi bahawa hadith Sah{ih} yang lain yang relevan dengan hadith ini perlu diambilkira dan dianggap sebagai satu hadith, dengan itu apa yang umum dapat dikhususkan (yuhmalu mutlaquha 'ala muqayyaduha)agar amalan itu tepat selaras dengan mafhum hadith secara keseluruhannya.[13]


Di sana ada banyak ayat-ayat dan hadith-hadith lain yang menjelaskan prinsip-prinsip sama seperti di atas. Ianya jelas sekali merupakan satu kejahilan yang amat sangat terhadap
asas-asas prinsip Shari‘at dan ilmu Islam – suatu pendekatan yang menyalahi amalan Salaf dan Khalaf di kalangan Ahlul Sunnah wal Jama‘ah – bagi mereka yang mentafsirkan:
"Setiap yang baharu itu Bid‘ah" dalam makna yang mutlak tanpa merujuk kepada hukum Shari‘at yang sudah termaktub dalam setiap kes-kes tersebut.

Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim berkata tentang hadith "Setiap yang baharu itu Bid‘ah": Ini adalah kaedah umum yang membawa maksud khusus (‘ammun maksu>s). Apa yang
dimaksudkan dengan ‘perkara yang baharu’ adalah yang bertentangan dengan Shari‘at. Itu dan itu sahaja yang dimaksudkan dengan bid'ah[23]

Begitu juga Abu Bakar ibn al-‘Arabī di dalam Syarahnya berhubung dengan hadith dalam al-Tirmidhi: “iyyakum wa muhdathat al-umur” iaitu “berhati-hati kamu dengan perkara baharu”. Beliau berkata: “Ketahuilah – moga-moga Allah mengajarmu! – bahawa apa yang
dimaksudkan dengan ‘perkara baharu’ itu ada dua jenis: pertama yang tidak mempunyai asas dan mengikut hawa nafsu, yang semestinya ini tidak sah; atau perkara baharu yang selari dengan prinsip yang sudah ada, iaitu Sunnah para Khulafa’ dan para Imam-imam besar. ‘Perkara baharu’ (muh{dath) dan ‘bid‘ah’ bukanlah istilah yang semestinya terkandung di dalamnya makna keji dan dibenci kerana Allah sendiri berfirman”:

Tidaklah datang kepada mereka itu peringatan yang baharu (dhikrun muhdath) dari Tuhan mereka melainkan mereka mendengarnya sambil mengejeknya (21:2)

Sekiranya kumpulan wahabi salafi ini dapat membuka minda dan fikiran mereka perngertian bid'ah akan dapat difahami seperti mana yang difahami oleh jumhur (majoreti) ulama seperti Imam Syafie dan Ibnu Taimiah dan lain-lain iaitu pembahagian bid'ah itu terbahagi dua ada yang hasanah dan ada yang Dhalalah sesuai denagn hadis rasulullah yang dikatakan hanya khusus untuk sedqah sahaja(mengikut dakwaan mereka )oleh itu jernihkanlah hati kamu seperti jernihnya hati Abu Bakr Zaid bin Sabit ra.huma iaitu satu hadis bermaksud "sesiapa yang mengada-ngadakan dalam urusan (agama )kami apa yang tidak (berasas ) daripadanya maka (perkara itu) tertolak" HR Muslim dan tidak harus diterima maksud "apa yang tidak berasas daripada agama ialah perkara itu bid'ah dolalah , jadi sekiranya perkara tersebut ada asasnya dari agama seperti suruhan dan gesaan Allah dan RasulNya maka ianya adalah bid'ah hasanah yang baik dan boleh diterima .Quran juga telah menegaskan bahawa apa yang dibawa oleh Rasul itu ambillah dan apa yang dilarangnya maka tinggalkan al Hasyr . Jadi sekiranya sesuatu itu digalakkan sekalipun tidak pernah ada panduan maka ianya boleh dilakukan berpandukan hadis pertama dalam bab sedeqah tadi ( siapa yang menerukai dalam agama ini jalan-jalan yang baik maka baginya fahla dan fahla oerang yang mengikutinya (mencotohinya)tanpa berkurang fahlanya sedikit pun HR Muslim .Demikianlah penyelasan yang patut diambil untuk menghimpunkan segala hadis dalam bab tersebut . lebih lagi bila perkiraan kita mengikut umum lafaz nya bukan khusus sebabnya . Ini kerana terdapat qarenah yang amat kuat dan ternag yang dilepas pandang oleh puak wahabi salafi tersebut iaitu perkataan (fil Islam ) sebarang kebaikan dalam agama .ya Allah jernehkan hati dan luruskan fikiran kumpulan ini .
-------------------------------------------------------------------------------------------------
1 Diriwayatkan dari Jabir oleh al-Nasa'i dengan sanad Hasan dan dari Ibn Mas'ud oleh Ibn Majah dengan sanad Dha’if. Hadith ini Sahih mengikut Muslim berdasarkan riwayat dari Jabir dengan ungkapan: "Setiap yang baharu itu bid‘ah dan setiap yang bid‘ah itu sesat” tanpa menyebutkan ‘ke Neraka’. Ibn Taymiyyah di dalam Minhaj al-Usul dalam Majmu' al-Fatawanya (hal. 19:191) menyebut bahawa ungkapan "setiap yang sesat itu ke Neraka" tidak Sahih daripada Rasulullah . Lihat juga pelbagai riwayat sepertimana yang dinakalkan oleh Shaykh Abdul Fattah Abu Ghuddah dan pengesahan beliau dalam lampiran kitab Tuhfatul
Abrar oleh al-Lucknawi (hal. 139-144) terhadap kenyataan Ibn Taymiyyah itu.
2 Diriwayatkan dari 'Amr ibn al-'As dan Abu Hurairah oleh Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmidhi, al-Nasa'i, Ibn Majah, dan Imam Ahmad.
3 Al-Haddad, al-Sunnah wa al-Bid‘ah (hal. 5-6).
4 Diriwayatkan dari Sa'id ibn Mansur, al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, dan Ibn al-Mundhir dengan sanad Hasan sepertimana disahkan bagi ayat ini oleh al-Suyuti dalam al-Durr al-Manthur.
5 Diriwayatkan dari Ali oleh Imam Bukhari dan Muslim
6 Diriwayatkan dari 'Ali, Ibn Mas'ud, dan 'Imran ibn Husayn oleh Ahmad di dalam Musnadnya dengan sanad Sahih.
7 Diriwayatkan dari Abu Hurairah oleh Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Nasa'i, Ibn Majah, Ahmad, dan Imam Malik di dalam al-Muwatta'.
8 Ibn 'Abdul Barr, al-Tamhid (18:173). Lihat Lampiran 25, "Para Nabi di Alam Barzakh" (hal. 455).
9 Diriwayatkan daripada Anas oleh Bukhari, al-Tirmidhi, Malik, Abu Dawud, dan al-Nasa'i.
10 Terjemahan hadith ini boleh didapati dalam Encyclopedia Shaykh Hisham Kabbani dalam bab senarai hadith-hadith para Sahabat ‘mencium tangan Rasulullah ’
11 Diriwayatkan daripada 'A'isha dan Abu Hurairah oleh Bukhari, Muslim, al-Tirmidhi, Ibn Majah, dan Ahmad melalui sembilan belas periwayatan. Al-Zuhri menyebut: "Bijiran hitam itu ialah ‘jintan hitam’ (al-shunīz)." Ianya juga dinamakan ‘jintan India’ dan pelbagai nama-nama lain.
12 Diriwayatkan daripada 'Amara ibn Ru'ayba al-Thaqafi oleh Muslim, al-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ahmad
13 Fath al-Bari (cetakan 1959. 11:271 #6080).
14 [Kita menyedari antara hujah balas golongan yang menolak dalil dari peristiwa di bawah ini, akan beralasan bahawa pada ketika para Sahabat (r.anhum ajmain) melakukan amalan-amalan yang disebutkan ini, Rasulullah masih hidup pada masa itu dan boleh membetulkan, samada membenar atau melarang perlakuan sedemikian. Namun perlu kita ingat bahawa ‘semangat’ atau kecenderungan mengadakan ‘perkara baharu’ yang tidak diajarkan Rasulullah itu ternyata wujud di kalangan Sahabat dan mereka tidak merasakan itu suatu kesalahan. Malah Rasulullah sendiri tidak pula melarang Sahabat dari melakukan ‘perkara baharu’ itu, walaupun pada awalnya beliau sendiri tidak pernah mengajarkannya atau melakukannya, dengan syarat perlakuan tersebut tidak bercanggah dengan ajaran yang dibawanya, dan berasaskan prinsip umum Shari‘at.~ Penterjemah].
15 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah oleh Bukhari, Muslim, dan Ahmad.
16 Diriwayatkan daripada Buraydah al-Aslami oleh al-Tirmidhi sebagai hadith Hasan Sahih Gharib. Al-Hakim mengesahkan ianya Sahih dan turut dipersetujui oleh al-Dhahabi .
17 Fath al-Bari (cetakan 1959, 3:63 #1098). (Pentj: Kritikan bahawa penetapan masa untuk sesuatu amalan ibadat tertentu tidak dibenarkan hanya kerana ianya tidak dilakukan oleh Rasulullah jelas sekali tidak berasas. Contohnya seperti membaca Surah Yasin di malam Jumaat dan lain-lain).
18 ‘Al-salatu khayrun mawdu'un’. Diriwayatkan daripada Abu Dharr oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya dengan tiga periwayatan yang Dha’if, walaupun al-Zayn mengisytiharkan salah satunya baik (16:259 #22189), oleh al-Quda'i dalam Musnad al-Shihab (1:378 #651), al-Hakim yang menilainya Sahih tetapi al-Dhahabi melihat sanad ini mengandungi Yahya ibn Sa'id Abu Zakariyya al-Sa'di al-Basri, seorang yang lemah sepertimana disebut oleh Ibn 'Adi di dalam al-Kamil fi al-Du'afa' (7:244 #2142), oleh al-Bazzar dalam Musnadnya dan, sebagai sebahagian dari hadith yang panjang, oleh Abu Nu'aym di dalam al-Hilya dan Ibn Hibban di dalam Sahihnya dengan sanad yang lemah sepertimana disebut oleh al-Arna'ut (2:76 #361); juga diriwayatkan daripada Abu Hurayra oleh al-Tabarani dalam al-Awsat dengan sanad yang
lemah sepertimana disebut oleh al-Haythami, dan daripada Abu Umamah oleh Ahmad and al-Tabarani di dalam al-Kabir (8:217 #7871) dengan sanad lemah sepertimana disebut oleh al-Haythami dalam Majma' al-Zawa'id (1:159). Ibn Hajar menyebut kelemahannya dalam Talkhis al-Habir (1964 ed. 2:21 #542) dan Fath al-Bari (cetakan 1959, 2:480 #946).
19 Diriwayatkan melalui hadith yang panjang daripada Thawban dengan sanad yang Sahih oleh Ibn Majah dan Ahmad. Imam Malik turut menyebutnya di dalam Muwatta' beliau.
20 Diriwayatkan daripada Rifa'a oleh Bukhari, al-Nasa'i, Ahmad, dan Malik.
21 Fath al-Bari (cetakan 1959. 2:287 #766).
22 Diriwayatkan daripada Ibn 'Umar oleh Muslim, al-Tirmidhi (Hasan Sahih Gharib), al-Nasa'i melalui dua periwayatan, dan Ahmad dengan beberapa sanad dalam Musnadnya. Salah satu dari versi al-Nasa'i' ialah: "Aku melihat dua belas malaikat berebut untuk itu," manakala dua daripada versi Ahmad pula ialah: " Aku melihat ucapanmu naik ke langit sehingga pintu dibuka dan masuk mereka ke dalamnya"
23 Al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim (cetakan 1972. 6:154).
24 Diriwayatkan daripada 'Abd al-Rahman ibn 'Abd al-Qari oleh Bukhari, dan Imam Malik di dalam Muwatta' nya
25 Ibn al-'Arabi, 'Arida al-Ahwadhi, Kitab Ilmu, Bab “Berkenaan dengan mengikuti Sunnah dan meninggalkan Bid‘ah" (Ma ja'a fi al-akhdhi bi al-Sunna wa ijtinab al-Bid‘ah).

No comments: