Tuesday, May 26, 2015

awasilah taktik jahat yang melanda hari ini!

assalamualaikum , sudah lama saya tidak menulis disini, sekarang saya terpanggil untuk mencoret disini kerana puak puak lompat tingkap ni telah membuat usaha meminggirkan ulama ulama ahli sunnah waljamaah melalui pelbagai cara. usaha ini dilakukan oleh kumpulan musuh islam yang mana taktik ini telah berjaya di timur tengah.

sekarang ini mana ada lagi sheikh nuruddin al banjari ? dimana ustaz kazim ilyas ? dimana ustaz don ? habib umar ? semuanya telah berjaya disisihkan daripada media untuk memberi nasihat kepada umat islam. apabila para ulama ahli sunnah ini berjaya disisih daripada umat islam maka mudah lah mereka untuk menjalankan dakyah mereka kpd umat islam hari ini.

apabila usaha mereka tidak berjaya untuk menyisihkan ulama , maka mereka akan membunuh ulama ahli sunnah waljamaah tersebut, sepertimana yang telah terjadi kepada sheikh said ramadan al buti, telah di bom di dalam masjid.ini kerana hujah ulama tersebut tidak dapat  dipatahkan oleh mereka dan fitnah mereka untuk menyisihkan ulama tersebut tidak berjaya, maka mereka terus bunuh ulama tersebut.

begitu juga yang terjadi sheikh farid al baji dari tunisia pernah difitnah dgn tuduhan telah membunuh ahli tabligh, sehingga dibawa kpd muka pengadilan.

sekarang mula timbul satu lagi usaha untuk menyisih para habaib dari arus perdana, para pendakwah dan pembela islam, dari umat islam. untuk melarang dan menahan mereka daripada menjalankan kegiatan dakwah yang mana akan memecahkan tembelang puak puak lompat tingkap ni. sebab itulah mereka sangat marah. inilah tujuan sebenar dari senario yang heboh dan bising hari ni. iaitu menyisihkan ulama ahli sunnah dari media dan menggantikan tempat itu diambil alih oleh para juhalak, lalu mereka berfatwa sesat dan menyesatkan.

awasilah , dunia akan huru hara!

No comments: