Tuesday, March 23, 2010

assalamu'alaikum warahmatullahi saudaraku sakalian! apa khabar semua ? aku minta ma'af kerana lama tidak menulis, kali ini aku ingin berkonsi pandangan dengan kawan ku dari kalangan orang awam mengenai beberapa banyak kebetulan yang berlaku pada kumpulan sesat yang mengaku mereka sebagai pengikut salaf dan pembila sunnah yang mana kebetulan ini berlaku dengan kehandak Allah semata-mata secara tidak mereka sedari untuk membuktikan tembelang dan rahsia mereka yang sebenar sebagai alat dan kuncu musuh Islam yang nyata .

Antara kebetulan tidak disedari ini ialah-:
1-mempercayai(ber'akidah) Tuhan bertempat dan berada dilangit dengan ZatNya dan turun naik setiap malam kelangit dunia dengan ZatNya. Apa yang sebenarnya inilah'akidah dan kepercayaan firaun dan kaum yahudi, mereka semua kebetulan bersatu dalam 'akidah mereka.mereka semua(Firaun ,yahudi dan kaum musyabbihah)ini sama mengakui Allah bertempat diatas langit.

2-sama 'akidah dengan kaum mu'attilah dan muktazilah yang mengusongkan Zat Allah dari sifatNya, kaum muktazilah dan kaum mu'attilah ini mempercayai Allah itu tidak mempunyai sifat kamalat bahkan melihat,membuat dan mendengar dengan ZatNya .Ini kerana sifat yang mereka isbatkan kepada Allah itu tidak pernah sabit pun bagi Allah malah sifat tersebut adalah mustahil dari Allah kerana bersamaan dengan makhluk ,sifat yang jelas dinafikan oleh Allah sendiri, kerana itulah sifat kekurangan yang mustahil daripadaNya.Sedangkan selama ini mereka menuduh kita ini ber'akidah mu'attilah,ini kerana mereka mempercayai Allah itu benar-benar berada diatas 'arayNya dengan makna hakiki bukan majazi sahaja, padahal aswj mengakui bahawa ayat al Quran itu ada yang muhkam dan ada yang mutasyabih ,jika ayat itu berbentuk mutasyabih mereka mensucikan Allah dari segala makna kesamaran dan penyerupaan , seperti bertempat duduk(beristiqrar) apa yang dinisbahkan oleh kaum mujassimah dan musyabbihah waliyazubillahi.

3-mereka tidak memulia dan menyanjungi Rasulullah saw. orang salihin, dan para ulama, sahingga perayaan sambutan hari kelahirannya dan ucapan sayyid dikatakan bid'ah amalan khurafat dan lln,dengan angkuh mereka mengatakan Rasulullah itu manusia biasa,adakah mereka lupa Baginda itu diangkatkan sebutannya, lagi menjadi manusia pilihan sahingga Allah bersolawat kepadanya . Dan setelah Baginda wafat maka tidak harus dikunjungi dan diziarahi , sebab itu mereka ratakan semua tanda peringatan dan padamkan cahaya kebenaran dan kebesaran agama seperti hari-hari sejarah dalam agama tetapi hari sejarah nagara dan pembesar negara, mereka rayakan dengan berbagai acara sambutan, sama seperti orang bukan Islam juga.

4-mereka bertindak senada dengan kaum khawarij mengkufurkan umat Islam yang tidak sealiran fahaman dengan mereka ,terutama dari kalangan majority umat Islam dengan hanya berpegang dengan satu hadis yang berbunyi setiap yang baru itu sesat dan masuk neraka sedang banyak hadis dan ayat lain tidak diambil kira ,ini telah dijelaskan oleh Imam 'Ali kaum khawarij yang berpegang dengan satu ayat yang telah disalahfaham dan digunakan untuk kepelsuan kepentingan mereka.

5- mereka menulak tasauf akhlak yang merupakan penyucian diri dari segala sifat mazmumah ,dan itulah sebenarnya ihsan buah atau intisari dari ajaran agama itu sendiri,berarti pokok yang yang mereka tanam selama ini dari benih yang hampa dan tidak berasaskan pemilihan benih dan baka yang baik , yang boleh mengeluarkan bungaan dan buahnya setiap masa.Atau jalan yang mereka lalui bukan jalan perdana yang boleh membawa mereka kedistinasi yang dituju .

6-Pendekatan mereka tidak mengandungi hikmah dan sunnah yang ditunjuki Rasulullah saw. Baginda biasanya menyelidiki dan bertanya niat, maksud dan faidah sesuatu perbuatan itu terlebih dahulu dan bersikap terbuka dengan setiap perkara baru dan berfaidah, Baginda tidak terus memusuhi memaki hamun atau membid'ah dan melarang sesiapa . Baginda sentiasa bersikap positif dan berlapang dada , sekalipun dengan perangai kurang adab sahabatnya , seperti dari kalangan arabi dan munafikin.

6-mereka tidak mempunyai sifat para sahabat yang bersama Nabi saw. kerana mereka itu tidak bersikap masra dan kasih sayang dengan sesama saudara Islam selain kumpulan mereka sahaja,dan bersikap tegas dengan bukan Islam , kerana mereka itu kenyataannya adalah sebaliknya .

7-mereka mengakui tauhid kaum musyrikin lebih bersih dari tauhid majority umat Islam . jalan yang mereka lalui bukan jalan perdana yang diikuti oleh umat, mereka cuma mengikuti lorong sempit yang dilalui oleh kumpulan mereka sahaja.

8-Alasan perdana yang mereka pegang juga adalah alasan yang pernah digunakan kaum kuffar untuk membela dan membenarkan dakwaan mereka.iaitu sekiranya amalan bid'ah itu baik , tentulah Rasulullah dan para sahabat telah laksakannya terlebih dahulu kerana mereka itulah sebaik-baik jenerasi. Ini kerana hati mereka sama-sama dipengaruhi oleh sifat sobong bangga diri pada hal perkataan seperti itu tidak akan keluar dari bibir para mukmin yang baik hati.

9-mereka memperkenalkan tauhid tiga serangkai yang tidak ada asasnya dari agama selain dari ajaran seperti triniti yang pernah diperkenalkan oleh ajaran agama lain.

10-melakukan banyak pertentangan dan selalu memasuki jalan kebuntuan lagi pelik (syaz) contuh kulit khinzir itu halal bertasbih dan berzikir bersolawat bid'ah.Ini semua kerana jalan yang mereka tempuh adalah jalan simpang dan lorong-lorong sempit yang tidak pernah dilalui orang.

11-tarik yang mereka terima bukan dari jumhur ulama yang muktabar . malah dari beberapa nama orang yang tidak dikenali dan diperakui .seperti syaikh Muqatil bin Sulaiman , Abu Muti' al Balkhi,Abul Hasan al Hikari al Bani Salih fauzan bin Baz dan lln lagi dari kumpulan yang terkenal dari kaum mujassim.

12-Mereka menulak beberapa qaidah yang diterima pakai oleh semua ahli dan pakar sestera dan bahasa terutama bahasa 'arab melayu dll.seperti majaz kiasan pegambaran tamsil sindiran dll

13-mereka juga menentang dasar ijmak dan kias yang diakui sebagai dasar agama oleh seluruh para ulama islam.

14- Mereka juga tergulong dalam kumpulan orang yang berpenyakit hati kerana mengikuti ayat mutasyabih sahingga sanggup memberi dan menerima makna yang mustahil dan tidak pernah wujud.Sahingga Rasulullah pernah mengingatkan , jika kamu lihat ada mereka yang terikut-ikut dengan ayat mutasyabih tersebut maka itulah orang yang dimaksudkan dalam ayat tadi .

15-mereka tidak pernah merasai kemanisan ikhlas dalam hati mereka, sebab itu orang lain semuanya mereka tuduh tidak pernah melakukan sesuatu dengan jujur dan ikhlas melainkan kerana suatu tujuan dan kepentingan tertentu.


dan banyak lagi amalan dan kepercayaan mereka tersebut yang boleh disama (berbetulan) dengan ajaran sesat lain dan terpesong dari jalan perdana ,tanpa disengajakan dengan izin dan kehandak Allah untuk mudah difahami oleh mereka yang berfikir.

12- terima kasih wassalam.

1 comment:

Fakeh said...

Assalamualaikum,

Berikut ialah beberapa kajian dan bahan bukti yang akan memberi kita faham dengan jelas tentang gerakan senyap Kaum Muda dan Wahabbi Salafi yang sedang mengancam aqidah umat islam di negara ini.

SILA KLIK http://www.docstoc.com
UNTUK CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT
• Bangsa Melayu Mengikut Ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah
• Tok Ayah Zid Kedai Lalat
• Kuasa Tiang Kepada Cita-Cita
• 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
• Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
• Jom Kenali Dr Maza & Co
• Ahlul Bait Yang Dicerca

SILA KLIK http://www.4shared.com
UNTUK CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT
• Rasulullah Budak Kampung
• Maulid Tandingi Krismas
• Sifat 20 Tidak Wajib (Nik Aziz)
• Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 1)
• Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 2)
• Asma’ Wa Sifat (Hadi Awang)
• Sifat 20 – Dr Mohd Asri al-Wahabbi
• Sifat 20 – Rasul Dahri al-Wahabbi
• Sifat 20 – Fathul Bari al-Wahabbi

Taklif pengkaji telah pun selesai, maka terserahlah kepada budi bicara pembaca sekalian untuk menerima ataupun sebaliknya. Bagi mereka yang mendapat hidayah, maka bertindaklah mengikut kadar upaya tangan (kuasa/undi), lidah (dakwah/hebahan) atau hati (doa) bagi mempertahankan aqidah hakiki Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang bersendikan mazhab tauhid Imam Abu Hasan Ali bin Ismail al-Asy'ari ra dan Imam Abu Mansur al-Maturidi ra; mazhab feqah Imam Abu Hanifah ra, Imam Malik bin Anas ra, Imam Muhammad as-Syafie ra atau Imam Ahmad bin Hanbal ra; mazhab tasauf Imam Ghazali qsa dan Imam Junaid al-Baghdadi qsa.


FAKEH KHALIFAH SAKA
fakeh@hush.com