Wednesday, December 10, 2008

HUKUM MENGGERAKKAN JARI TELUNJUK KETIKA BERTASYAHHUD DALAM SOLAT

HUKUM MENGGERAKKAN JARI TELUNJUK KETIKA BERTASYAHHUD DALAM SOLAT


1.0 PENDAHULUAN

Kebanyakkan dari kita keliru dengan perbuatan menggerakkan jari telunjuk di dalam

solat. Ternyata terdapat pelbagai gerakan dan gaya yang ditampilkan. Lantaran itu, isu ini

hangat diperkatakan. Baik dikalangan bangsa arab mahupun dikalangan kita. Ternyata

kita masih samar-samar dalam mencari jawapannya. Apakah kedudukan hukum yang

sebenarnya. Apakah pandangan mazhab kita dan mazhab-mazhab empat dalam masalah

ini. Bersama kita lapangkan hati dan minda kita untuk menerokai hakikatnya.

2.0 LATARBELAKANG PERMASALAHAN

Sebenarnya isu ini bertaraf permasalahan ranting feqhiyyah. Iaitu antara afdhal dan tidak

afdhal sahaja. Maksudnya setiap individu diberi pilihan samada untuk menggerakkan jari

telunjuk ketika bertasyahhud atau tidak. Jika dilakukan seseorang itu akan mendapat

tambahan pahala. Dan jika tidak dilakukan tidak mengapa. Inilah nilai estetika syariat

yang bersifat fleksibel dalam kelasnya tersendiri.

Tambahan pula, terdapat pelbagai isu yang lebih besar perlu diutamakan. Jika kita hanya

berkisar pada daerah isu yang kecil maka hasilnya tak sampai ke mana. Dan kita seperti

bergerak dalam kehilangan arah tuju.

3.0 PUNCA PERMASALAHAN

Ketahuilah bahawa isu ini merupakan isu yang baru berlaku. Ia mula dikesan di zaman

kita apabila Syeikh Nasiruddin Al-Albaani di dalam kitabnya SifatusSolah An-Nabi[1]

mendakwa disunatkan menggerakkan jari terlunjuk ketika bertasyahhud secara berterusan

sehingga salam dan selesainya solat. Beliau mendakwa perbuatan sebeginilah yang

sunnah dan sunat sebenarnya. Manakala perbuatan selainnya dikatakan tidak sunnah.

Malangnya, ada sesetengah pihak begitu keras menuduh sebahagian dari kita yang tidak

melakukan amalan di atas (sebagaimana mereka) sebagai pembuat bidíah yang sesat. Dan

layak dihumban ke dalam neraka kerana dikatakan tidak mengikuti jalan yang diajar oleh

Rasulullah. Masya Allah. Ekoran itu perlakulah tuduh-menuduh. Dan kita salah

bertelingkah dengan isu kecil seperti ini. Dimanakah sikap berlapang dada dan tawaddhuk kita?

Justeru itu, inilah masanya yang sesuai untuk kita menelusuri dakwaan beliau. Sekaligus

menjawab menjawab kemusykilan ini. Kita tidak perlu memerah otak atau bekerja keras

untuk menyelesaikannya. Hanya kepada Allah SWT kita memohon taufik dan

pertolongan.

4.0 KEDUDUKAN HUKUM

Ketahuilah bahawa Imam Al-Hafiz Mahyiddin An-Nawawi rhm telah ditanya di dalam

kitabnya Al-Fatawa tentang isu mengerakkan jari (telunjuk) di dalam solat. Pertanyaan itu

berbunyi : ìAdakah menggerakkan jari telunjuk pada tangan kanan itu disunatkan.?

Bilakah waktu yang sesuai untuk menggerakan jari tersebut? Adakah menggerakkanya

secara berterusan itu membatalkan solat?î- hingga tamat soalan.

Maka Imam al-Nawawi rhm menjawab : ìDisunatkan mengangkat jari telunjuk dari

tangan kanan ketika melafazkan huruf ëhamzahí pada kalimah ( ·« Å·Â Å·« «··Â )

sekali sahaja[2] tanpa menggerak-gerakkanya[3] Sekiranya seseorang itu mengulangi

pergerakannya berkali-kali, maka hukumnya adalah makruh. Hal ini tidak membatalkan

solat. Demikian menurut pendapat yang sahih. Dikatakan juga, iaitu menurut pendapat

yang lemah batal solatnyaîÖ Tamat Fatwa Al-Nawawi m/s 54

Dalam menyelesaikan masalah ini, kami akan mendedahkan bukti-bukti mereka yang

mengatakan bahawa sunat menggerakkan jari telunjuk secara berterusan. Kemudian kita

akan membincangkan dalil-dalil tersebut satu persatu. Kami juga akan menjelaskan

bahawa dalil-dalil yang dipergunakan oleh mereka di atas itu tidak sesuai. Hal ini

diperolehi berdasarkan hujah-hujah dan bukti yang terang lagi bersuluh. Insya AllahÖ

Disamping itu, kita juga akan menjelaskan dalil yang mengatakan bahawa tidak

disunatkan mengerakkan jari telunjuk secara berterusan menerusi pandangan para ulamak

yang muhaqqiq.

Pendapat para ulamak Mazhab :

1) Di dalam kitab Auni Al-Maíbud m/s 455 juz 3 dinyatakan bahawa Syeikh Salamullah

berkata di dalam Syarah Muwattha dengan katanya ìPada hadis Wail bin Hujr menurut

Abu Daud[4] yang berbunyi ìKemudian Baginda mengangkat jari telunjuknya, lalu saya

dapati Baginda menggerakkan jari telunjuknya sambil berdoaî.

Hadis ini menjelaskan adanya perbuatan menggerakkan jari telunjuk ketika bertasyahhud.

Inilah pendapat yang diambil oleh Imam Malik dan kebanyakkan ulamak. Perkara inilah

sebenarnya yang dimaksudkan dengan ìmenggerakkan jariî. Dan maksud yang

diputuskan di sini tidak ada percanggahan dengan riwayat yang telah dibawa oleh Imam

Muslim daripada Abdullah bin al-Zubair yang bermaksud ìAdalah Rasulullah SAW

menyisyaratkan jari telunjuknya sambil berdoa tanpa menggerakkannya.î[5] -tamat

ìAuni Al-Maíbudî

2) Berkata penulis kitab Ar-Raudh Al-Marbaí Al-Hanbali m/s 59 juz 1 : ìNabi SAW

mengisyaratkan dengan jari telunjuknya tanpa menggerakkan jari Baginda ketika

bertasyahhud dan doanya di dalam solat dan selainnya. Perbuatan ini dilakukan oleh

Baginda ketika mana Baginda menyebut lafaz Allah SWT. Ianya sebagai suatu peringatan

keatas tauhidî. ñtamat dari ëAr-Raudh Al-Marbaí ñ kitab ini merupakan kitab mukhtasar

yang muktamad (dipegangi) dikalangan ulamak Al-Hanabilah.

3) Berkata pula Syeikh Al-Mazhab Al-Hanabilah iaitu Ibn Qudamah Al-Hanbali di dalam

kitanya ìAl-Mugniî m/s 534 juz 1 : ìDan baginda mengisyaratkan dengan jari telunjuk

dengan mengangkatnya ketika Baginda menyebut lafaz Allah Taala ketika bertasyahhud.

Perkara ini ditentukan berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin al-

Zubair yang bermaksud : ìSesungguhnya Nabi SAW mengisyaratkan dengan jari

telunjuknya dan Baginda tidak menggerakkannyaî. Hadis ini diriwayatkan oleh Abu

Dawud. ñTamat.

5.0 MAKSUD ëMENGGERAKKAN JARI TELUNJUKí

Ketahuilah (semoga kalian dirahmati Allah) bahawa perkara yang dimaksudkan oleh

Sayyidina Wail bin Hujr pada lafaz ( ·« Å·Â Å·« «··Â ) itu ialah menggerakkan jari

telunjuk sekali sahaja. Ianya merupakan satu isyarat kepada tauhid. Hal ini amat

bertepatan sebagaimana yang dilakukan oleh Baginda SAW yang tidak menggerakkan

jari telunjuknya daripada awal tahiyyat. Akan tetapi baginda menggerakkannya ketika

membaca ( ·« Å·Â Å·« «··Â ).

Adapun hadis Sayyidina Abdullah bin al-Zubair itu adalah menafi perbuatan

menggerakkan jari secara berulang-ulang. Maknanya ialah perbuatan menggerakkan jari

itu hanya cukup untuk sekali sahaja.

Jadi, kita dapati disini ialah tidak ada pertentangan antara dua hadis. Inilah penjelasan

secara ringkas daripada para ulamak didalam menjelaskan masalah ini. Disini kami

bawakan penjelasan beberapa orang ulamak yang kami naqalkan daripada kitab-kitab

mereka:-

Imam An-Nawawi rhm di dalam ìAl-Majmuí Syarh Al-Muhadzabî m/s 455 juz 3,

mengatakan ìUlamak mengatakanÖhikmat meletakkan dua telapak tangan di atas dua

paha ketika bertasyahhud ialah untuk mencegah daripada melakukan perkara yang sia-

siaÖî

Pada sudut yang sama, beliau menuqilkan pendapat Imam Al-Baihaqi sebagai berkata :

ìSesungguhnya perkara yang dimaksudkan pada hadis riwayat Sayyidina Wail b. Hujr itu

dengan lafaz ( ÌÕ—fl« ) iaitu ìDia menggerakkannyaî ialah mengangkat jari telunjuk

sekali sahaja. Iaitu tanpa menggerakkannya secara berterusan. Maksud ini bertepatan

dengan apa yang telah diriwayatkan oleh Abdullah b. al-Zubair dengan Lafaz

( ·« ÌÕ—fl« ) iaitu ìDia (Nabi) tidak menggerakkannyaî. Demikian perkataan Imam Al-

Baihaqi yang dinuqilkan oleh Imam An-Nawawi ke dalam kitabnya ìAl-Majmuíî

daripada Sunan Al-Kubra ñ Al-Baihaqi m/s 132 juz 2. Kami bawakannya disini secara

ringkas.

Dan sesungguhnya kami telah membawakan fatwa Imam Al-Nawawi yang mengatakan

bahawa dimakruhkan menggerakkan jari secara berterusan di dalam solat. Turut

menguatkan pendapat kami ini ialah apa yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud di dalam

Sunannya dengan sanad yang sahih daripada Numair Al-Khuzaiíie. Numair sebagai

berkata : ìAku melihat Nabi SAW meletakkan telapak tangannya di atas paha kanan

sambil membengkokkan sedikit jarinya.î[6]

Adapun hadis ìmenggerakkan jari telunjuk itu terlebih berat keatas Syaitan daripada besiî

tidak boleh dijadikan dalil untuk menggerakkan jari secara berterusan. Akan tetapi

maksud sebenar hadis ini ialah orang-orang yang bertasyahhud itu apabila mereka

mengangkat jari telunjuknya merupakan manifestasi isyarat tauhid, seolah-olah mereka

memukul syaitan dengan besi.

Hadis ini bukan bermaksud syaitan itu berada dibawah telunjuk ketika kita

menggerakkannya. Andaian yang mengatakan bahawa syaitan berada dibawah telunjuk

hanyalah satu kesamaran sahaja. Dan dengan kesamaran inilah orang yang

menggerakkannya itu beranggapan bahawa dia sedang memukul syaitan. Pendapat seperti

ini tidak diperkatakan oleh orang-orang yang berakal.

Sebagai satu peringatan disini, dinyatakan bahawa hadis ìmenggerakan telunjuk itu

terlebih dahulu berat keatas syaitan daripada besiî adalah dhaif dari sudut sanabnya. Pada

sanad hadis ini terdapat seorang perawi yang dihukum tsiqah (dipercayai) oleh Ibn

Hibban. Akan tetapi perawi itu juga dihukum dhaif oleh jumhur (kebanyakan ulamak)

Imam Al-Hafiz Ibn Hajr Al-Asqolani didalam ìAt-Taqrib At-Tahzibî menyatakan :

ìKatsier b. Zaid ialah ialah seorang yang benar. Tapi selalu membuat silap di dalam

meriwayatkan hadis. Dia bukanlah perawi daripada Bukhari dan Muslim (Sahihain)î.

6.0 MAKSUD ëAL-TAHLIQí PENJELASAN TERHADAP MAKNA AT-TAHLIQ (MEMBUAT BULATAN MENGGUNAKAN JARI)

Setengah dari kita menyangka bahawa At-Tahliq itu ialah menggerakkan jari telunjuk

dengan membuat satu bulatan. Ini adalah sangkaan yang salah. Sebenarnya perkara yang

dimaksudkan dengan At-Tahliq itu ialah seseorang yang mengerjakan solat (di dalam

tasyahhud) itu menjadikan jari tengah (jari hantu) bertangkup dengan ibu jari diiringi

dengan anak-anak jari yang lain. Tangkupan ini menjadikan satu bulatan. Perbuatan ini

sebenarnya tidak membawa kepada makna menggerakan jari. Demikianlah mengikut

penjelasan daripada kitab-kitab Al-Sunan.

Sesungguhnya Imam Ahmad telah meriwayatkan perihal tahliq ini di dalam Al-Musnad

m/s 316 juz 4. Ibn Khuzaimah pula meriwayatkan hadis ini di dalam Sahihnya bernombor

697. Kedua riwayat ini melalui Wail b. Hujr r.a yang berbunyi : ìSaya melihat Nabi SAW

membuat bulatan antara jari tengah dengan ibu jarinya dengan mengangkat jari

telunjuknya sambil berdoa (menyeru) ketika bertasyahhudî.

Hadis ini juga turut diriwayatkan oleh Imam An-Nasaie di dalam Sunannya m/s 35/36 juz

3, akan tetapi dengan lafaz yang berlainan. Riwayat itu berbunyi : ìRasulullah SAW

menggenggam kedua jarinya lalu membuat bulatan. Saya melihat Baginda membuatnya

sebegini (lalu dia mengisyaratkan dengan telunjuknya dan membuat bulatan melalui jari

tengah dengan ibu jarinya)î ñ Maka berhati-hatilah.

7.0 PERANAN KITA

7.1 Kita perlu memahami sesuatu dari akar umbinya. Maksudnya status permasalahan,

punca permasalahan dan menelusuri pendapat para ulamak secara berdisiplin. Di samping

mengamati dalil-dalilnya.

7.2 Kita tidak perlu tergesa-gesa dalam mencari kata putus terhadap sesuatu

permasalahan. Kelak nanti, apa yang kita pegangi sebenarnya tidak dituntut. Manakala

apa yang kita tinggalkan itu sebenarnya satu tuntutan.

7.3 Perasaan insaf, sedar diri dan tawaddhuk perlu ada pada kita walau apa jua status dan

kedudukan kita.

7.4 Kita hendaklah menyampaikan sesuatu dengan penuh releven dan hikmah agar

kebenaran mampu terserlah dengan nilainya.

8.0 KESIMPULAN

8.1 Menggerakkan jari merupakan salah satu permasalahan cawangan dari ranting

feqhiyyah. Ia melibatkan soal afdhal dan tidak afdhal sahaja. Bukannya antara halal dan

haram ataupun sah dan tidak.

8.2 Kita tidak boleh menghukum seseorang dengan ahli bidíah disebabkan dia tidak

melakukan perkara sunnah. Ini kerana kemungkinan sunnah tersebut merupakan

khususiyyah atau bermaksud sunnat sahaja. Sedangkan tuduhan sesat dan bidíah

sebenarnya amat berat kerana ia boleh mengeluarkan seseorang dari Islam.

8.3 Kita seharusnya berlapang dada terhadap sesuatu isu yang boleh membawa

kesepakatan dan toleransi antara sesama kita.

[1] Buku karangan Syeikh al-Baani ini telah diterjemahkan ke dalam edisi Bahasa

Melayu oleh Us Abdullah Qari Hj Salleh dan Us Hussien Yee dan lain-lain berjudul

ìCiri-ciri Solat Nabi SAW.î Sebenarnya intisari buku ini lebih merupakan simpulan

pendapat Syeikh al-Baani yang tidak berpegang kepada mana-mana mazhab. Bahkan

condong kepada pemikiran Salafiyah al-Wahabiyyah. Dan ketahuilah bahawa pendekatan

feqhiyyah yang diutarakan mereka ini jauh berbeza dengan pegangan dan pengamalan

rasmi kita di Malaysia . Ternyata, jika cuba diimplimentasi ia sedikit sebanyak

mendatangkan kerancuan di kalangan masyarakat. Lantaran itu, Tuan Guru kami Syeikh

Hasan al-Saqqaf cuba memperbetulkan beberapa dakwaan Syeikh al-Baani dengan

membawa perbincangan feqhiyyah menjurus kepada mazhab al-Syafiíie untuk

disesuaikan dengan realiti pengamalan syaríie di negara kita khususnya.

[2]Dalil perbuatan ini adalah berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar

r.a yang bermaksud : ìAdalah Nabi SAW apabila baginda mendirikan solat, Baginda

meletakkan tangan kanannya diatas paha kanan dan menggenggam jari jemarinya. Lalu

Baginda mengisyaratkan (mengangkat) jari telunjuknya (yang dekat dengan ibu jarinya).

Baginda juga telah meletakkan tangan kirinya diatas paha kiri.î ñRiwayat Al-Khamsah

kecuali Al-Bukhari.

[3] Perbuatan ini berdasarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Zubair r.a

yang bermaksud ; ìSesungguhnya Nabi Muhammad SAW mengisyaratkan dengan jari

telunjuknya tanpa menggerakkannyaî. Ini adalah hadis yang sahih yang dikeluarkan oleh

Abu Daud dan Al-Baihaqi. Insya Allah kita akan membuat kupasan secara panjang lebar

tentang hadis ini dihadapan.

[4] Sesunggunya Al-Baani telah tertipu dengan nisbah sesetengah yang baru terhadap

Abu Daud. Maka, kita katakana bahawa nisbah beliau terhadap Abu Daud ini berdasarkan

kepada taklid. Inilah sebahagian daripada dalil-dalil yang banyak yang membuktikan

bahawa Al-Baani bukanlah seorang muhaddis. bahkan dia hanya seorang penuqil

daripada kitab-kitab hadis sahaja. Maka berhati-hatilah.

[5] Bagi saya (penulis) : ìHadis ini juga bukan tercatat di dalam Sahih Muslim. Akan

tetapi ia wujud di dalam Sunan Abu Daud. Maka berhati-hatilah.

[6] Hadis ini telah disahkan oleh para Huffaz (Ahli hadis). Malik b. Numair Al-Khuzaíie

adalah seorang yang diterima pada sanadnya. Hal ini sebagaimana yang telah dijelaskan

oleh Ibn Hajr di dalam ìAt Taqrib-At Tahzibî. Tidak ada hadis yang diriwayatkan

daripada beliau melainkan seorang perawi sahaja. Dan para huffaz telah mengesahkan

hadisnya. Dan kebanyakkan orang-orang yang dipercayai mempercayai riwayatnya

kerana hadis ini bukan hanya diriwayatkan oleh beliau seorang sahaja. Mereka seperti

Thabit b. Qais Az-Zarqi Al-Madini. Saya telah menjelaskan hal ini satu persatu didalam

kitab saya ìImtaí Al-Ilhaz bitausiq Al-Huffazî. Dan Imam Al-Hafiz Ibn Khuzaimah telah

menghukum sahih hadis Malik b. An-Numair Al-Khuzaíie ini didalam ìsahihînya m/s

354 juz . Al Hafiz Ibn Hajr juga turut mengakuinya didalam kitabnya ìAl-Isobahî ketika

menterjemahkan perawi ini bernombor 8807. Disamping itu, Ibn Hibban juga telah

meriwayatkan hadis ini didalam sahihnya m/s 202 juz 3. bernombor 1943. Beliau juaga

dengan Abu Daud (tanpa reaksi) didalam sahihnya m/s 260 juz 1 bernombor 911. Saya

rasa sudah mencukupi bagi kita untuk menghukum hadis ini dengan sahih. Sayang sekali,

Al-Baani telah menghukumnya dhaif (lemah) didalam kitabnya ìTaman Al-Minnahî,

kemudian saya dapati beliau menghukum sahih pula hadis Malik b. An-Numair Al-

Khuzaíie ini didalam kitabnya ìSahih Sunan An Nasaieî m/s 272 juz 1. Dan ternyata ini

adalah tanaqudh (berlawanan), Maka berhati-hatilah.



No comments: